Rabu, 30 November 2011

Bahaya daging mentah

steak tartareBAHAYA MAKAN DAGING MENTAHhttp://babyprety.blogspot.com/search/label/bahaya%20daging%20mentah Makan daging mentah sebenarnya tidak digalakkan oleh pakar-pakar  kesihatan  kerana potensi penyakit dari bakteria atau parasit  E Coli yang ada pada daging mentah.
Makanan yang belum di masak seperti steak tartare (daging lembu mentah), beef carpaccio (hirisan daging lembu mentah), sashimi (hirisan ikan mentah), dan aneka seafood mentah mengandung bakteri salmonella.  Bakteri ini  menyebabkan gastroenteritis (peradangan pada saluran pencernaan, yang melibatkan usus besar dan usus kecil) pada manusia.
Gejala keracunan salmonella pada manusia biasanya hanya dapat di rasai antara 5 hingga 36 jam setelah memakan makanan mentah. Keracunan salmonella bermula dengan sakit perut dan diaria yang disertai juga dengan rasa panas badan, rasa mual, muntah-muntah, pening kepala dan  dehidrasi (kekurangan air dalam badan).  Hal ini lebih berbahaya lagi bagi kanak-kanak atau orang tua yang daya tahan tubuhnya lemah. Bila ada tanda-tanda keracunan Salmonella pesakit harus segera dibawa berjumpa doktor.
Makanan yang mudah rosak seperti daging mentah, ayam, ikan, telur, makanan yang mengadungi telur mentah (creme, salad, mayonaise, ice cream, pudding,) harus segera disimpan dalam peti sejuk atau dibekukan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar